Stesen RTM Sibu telah dirasmikan pada 7 Disember 1974 oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Osman. Ia merupakan stesen kedua dibina di luar Ibu Pejabat Kuching selepas stesen RTM Limbang. Bangunan stesen RTM Sibu terletak di kawasan sekitar 7.5 hektar di persimpanan Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Tapang. Dalam mengisi keperluan masyarakat setempat, RTM Sibu menyiarkan rancangan dalam tiga bahasa (Melayu/Iban/Cina) yang disiarkan menerusi siaran - FM87.6 MHz dan SW 6050 KHz. Bahagian operasi terdiri dari 3 bahagian iaitu:
Pentadbiran Stesen RTM Sibu juga merangkumi pengendalian studio rakaman di Sarikei dan Kapit. Kedua studio berkenaan yang ditempatkan di Komplek Jabatan Persekutuan dilengkapi dengan sebuah studio masing-masingnya dan pejabat am. Ia dikendalikan oleh seorang Penyelia, Penerbit Rancangan, Juruteknik dan Pekerja Am. Stesen Sibu di ketuai oleh seorang Pengawal Penyiaran yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala operasi dan hal ehwal stesen dan dibantu oleh tiga orang pegawai kanan iaitu seorang Jurutera Penyiaran, Ketua Bahagian Rancangan dan Pegawai Kerani Kanan. Stesen Sibu yang merangkumi stesen pemancar dan studio rakaman Sarikei dan Kapit mempunyai kakitangan seramai 90 orang. |
Kenali RTM Sibu
Subscribe to:
Posts (Atom)