Sisipan Januari

Rakaman Pantun Khas Maulidur Rasul

Perkhidmatan Melayu, RTM Sibu telah mengadakan sesi rakaman Pantun Khas Maulidur Rasul di SMK Agama Igan, Mukah pada 15 Januari 2013.

Kedua-dua pasukan cukup hebat berjual beli pantun dengan tema Maulidur Rasul. Acara turut diserikan dengan kehadiran YB Encik Abu Seman Jahwie, ADUN N.38 Jemoreng merangkap Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri.

Rancangan ini disiarkan menerusi siaran SIBUfm pada 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434H jam 10.15 pagi.